Rancangan Pengajaran Harian :
Mata pelajaran: Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Kelas: 5 Tekun
Tarikh: 14 Oktober 2011
Masa: 7.45 – 8.15 pagi
Bilangan murid: 34 orang
Bidang pelajaran: Kemahiran
Objektif pembelajaran:
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai pengetahuan
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Pengetahuan sedia ada:
Mata pelajaran: Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Kelas: 5 Tekun
Tarikh: 14 Oktober 2011
Masa: 7.45 – 8.15 pagi
Bilangan murid: 34 orang
Bidang pelajaran: Kemahiran
Objektif pembelajaran:
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai pengetahuan
- Melakukan servis dengan cara dan teknik yang betul.
- Menyatakan aspek keselamatan dalam permainan badminton.
B Menguasai kemahiran
- Kognitif: mengetahui servis dengan cara dan teknik yang betul.
- Psikomotor: melakukan servis dengan teknik yang betul.
- Afektif: merasa yakin dan gembira semasa melakukan aktiviti.
C Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif
a. Bekerjasama antara ahli kumpulan
b. Semangat kesukanan
c. Mematuhi arahan
- Raket
- Bulu tangkis
- Jaring
- Wisel
Pengetahuan sedia ada:
- Murid pernah bermain permainan badminton bersama keluarga atau melihat pertandingan sebenar seperti di kaca televisyen.
Langkah/Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Permulaan/ Set Induksi (5 min) | Berlari anak atau jogging | 1. Guru memberi arahan supaya murid berlari mengelilingi gelanggang 2.Guru menyoal pelajaran yang lepas berkaitan cara memegang raket | 1. Murid berlari mengelilingi gelanggan 2.Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru. | Strategi: 1. Guru menyuruh murid berlari anak tanpa memotong rakannya di hadapan. 2. Murid berlari menelilingi gelanggang sehingga diberitahu oleh guru untuk berhenti. 3. Guru menyoal kembali murid tentang cara memegang raket. 4. Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan. Sumber : Wisel |
Langkah 1 (5 min) | Servis 1. Tinggi 2.Rendah | 1. Guru bertanya kepada murid apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pemain untuk memulakan permainan. 2. Guru menerangkan bahawa seseorang pemain itu perlu melakukan servis. 3.Guru meminta murid berada di tepi gelanggang badminton. 4.Guru membuat demonstrasi servis yang perlu dilakukan. | 1. Murid menjawab persoalan yang dikemukan oleh guru. 2.Murid berkumpul di sebelah kiri dan kanan gelanggang. 3.Murid memerhati demonstrasi guru. | Strategi: 1. Guru menyoal murid. 2. Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan. 3. Bulu tangkis di pegang dan di pukul separas di antara dada dan pusat. 4. Hantaran dilakukan dengan melepasi jaring dan memasuki kawasan petak pihak lawan sama ada menggunakan teknik tinggi atau rendah. Sumber : Wisel Bulu tangkis Raket badminton |
Langkah 2 ( 5 min) | Servis 1. Tinggi 2.Rendah | 1.Guru memberi arahan supaya murid cuba melakukan servis secara berpasangan. 2.Guru tunjuk cara. | 1.Murid berdiri menghadap pasangan masing-masing. 2.Murid melakukan servis tinggi dan rendah mengikut arahan guru. | Strategi: 1. Bulutangkis dipegang dengan menggunakan sebelah tangan pada aras di antara dada dan pusat. 2. Hantaran dilakukan ke arah rakan atau pasangan masing-masing. Sumber : Wisel Bulu tangkis Raket bad minton |
Langkah 3/ Aplikasi Idea (10 min) | Pertandingan kecil | 1.Guru memberi arahan supaya murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 orang (double) 2.Guru melakukan demonstrasi melakukan servis ke dalam kawasan pemain lawan. | 1.Murid berada dalam kumpulan yang terdiri daripada 2 orang. 2.Murid melakukan servis seperti yang telah ditunjukkan semasa demonstrasi yang dilakukan oleh guru. | Strategi: 1. Pegang bulu tangkis dengan sebelah tangan pada paras di antara dada dan pusat. 2. Pukul bulu tangkis ke arah pemain lawan. 3. Pastikan bulu tangkis melepasi jaring dan memasuki kawasan kotak pemain lawan. Sumber : Wisel Bulu tangkis Raket bad minton |
Penutup (5 min) | Pemahaman konsep servis dalam permainan badminton. “cooling down” | 1. Guru meminta murid berdiri di hadapan guru. 2. Guru membimbing murid melakukan gerak kendur badan. 3. Guru meminta murid menarik nafas sebanyak tiga kali dan yangterakhirnya menjerit ‘hah’ sekuat hati. 4. Guru menyoal murid : i. Seronok tak? ii. Apa yang kita pelajari pada hari ini? iii. Guru membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini adalah berkaitan dengan cara melakukan servis dalam permainan badminton. 5. Guru meminta murid bangun dan beratur dalam barisan lelaki dan perempuan. 6. Guru meminta murid balik ke kelas dalam barisan. | 1. Murid bertindak mengikut arahan. 2. Murid melakukan aktiviti gerak kendur badan bersama guru. 3. Murid menarik nafas, tahan dan dalam kiraan 3 menjerit ‘hah’ sekuat hati. 4. Murid menjawab soalan guru secara individu atau beramai-ramai. 5. Murid bangun dan membuat barisan lurus. 6. Murid pulang ke kelas dalam barisan dengan pemantauan guru. | Strategi: Gerak kendur 1. Berdiri, luruskan kaki dan pusing muka dan badan ke kiri. Kemudian tukar ke kanan. 2. Menarik, menahan dan menghembus nafas. 3. Membuat rumusan tentang konsep dan cara melakukan servis. Sumber : Wisel |
Lompat Tinggi
LOMPAT TINGGI
· Tujuan seorang pelompat = melompat setinggi yang boleh.
· Acara lompatan mula
menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga
telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad
ke-20.
· Dalam abad ke-19, atlit
lompat tinggi mula melompat dan mendarat di atas tanah berumput. Oleh
demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi
gaya gunting digunakan.
· Seterusnya, untuk
meningkatkan lagi kualiti keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat
mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan. Pada masa yang sama, gaya
gunting cara membelakang digunakan tetapi cara ini banyak mencederakan
para atlit.
· Sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan.
· Pada tahun 50-an, Gaya
Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan
oleh ramai atlit sehingga pertengahan tahun 1950-an. Walau bagaimanapun,
Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di
Mexico.
· Pada sukan Olimpik 1968, Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan .
· Walaupun gaya lompatan tidak
penting, perkembangan semasa menunjukkan bahawa atlet yang menggunakan
gaya Fosbury Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang
menggunakan gaya gunting.
· Rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop.
ALATAN UNTUK PENGAJARAN
a) Tali
Tali
yang biasa digunakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sangat berguna
untuk latihan lompat tinggi. Di antara kelebihan ialah:
- Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang melanggarnya.
- Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali.
- Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan latihan yang mereka lakukan.
- Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan. Ini memudahkan lagi pengendalian pelajaran.
b) Batang rotan dan skitel
Kedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan kemahiran asas melompat tinggi kepada para pelajar.
c) Tilam mendarat
Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik boleh digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.
d) Tiang dan palang lompat tinggi
Kedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai asas melompat.
FASA LOMPAT TINGGI
Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu
- Penujuan - larian menghala ke palang.
- Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.
- Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
- Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
GAYA LOMPAT TINGGI
Lima gaya lompat tinggi
a) Gaya gunting
b) Gaya pelana
c)
Gaya guling barat - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari
hadapan (90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke
hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
d)
Gaya timur - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan
(90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan
badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
e) Gaya Fosbury Flop
GAYA GUNTING
Penujuan
- Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah.
- Pelompat menggunakan 7 -9 langkah.
- Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
- Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
Lonjakan
- Pelonjak melonjak dengan kaki luar.
- Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.
Layangan
1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.
2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.
3. Kaki lonjak dihayun ke atas.
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.
GAYA FOSBURY FLOP
· Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968.
· Beliau telah
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana
pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan
pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk.
· Untuk tujuan
keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam pendaratan yang
mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.
Penujuan
1. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.
2. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.
3. Butiran lain seperti gaya gunting.
Lonjakan
1. Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang.
2. Kaki di hadapan badan.
3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.
5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.
6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.
Layangan
1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.
2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.
3. Kedua-dua lutut dibengkokkan.
4. Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.
BUTIRAN MENGAJAR
- Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.
- Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atas seragam.
- Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
- Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak.
- Lentikkan badan semasa melepasi palang.
- Buka kaki sedikit semasa meluruskannya ke atas.
LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP
Latihan 1
· Berlari anak atau
pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa
langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ).
· Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan.
· Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

Latihan 2
· Seperti dalam Latihan 1
, apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia
mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas.
· Kemudian kedua-dua
belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan
dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.
· Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.
Latihan 3
· Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan.
· Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.
Latihan 4
· Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.
· Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.
· Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.
· Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.
Latihan 5
· Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.
· Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.
LATIHAN ANSUR MAJU
1) Aktiviti Mendorong
a) Berjalan dengan lutut tinggi.
b) Berlari dengan lutut tinggi.
c) Berlari dalam bulatan.
d) Berlari mengikut laluan angka lapan.
e) Melonjak.
f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.
2) Latihan lompatan
a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting.
b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L”,kaki selari dengan palang.
c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” serta kaki bersudut 45 darjah.
d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki menghala ke arah palang.
e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat ,melompat secara dirian dan mendarat.
f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.
g) Ulang (f) dengan papan anjal.
h) Menentukan titik semak.
i) Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.
MENENTU TITIK SEMAK
CADANGAN KESELAMATAN
1. Gaya Fosbury Flop (FF)
menyebabkan putaran ke belakang semasa dalam fasa penerbangan. Ini
mengakibatkan pelompat mendarat di atas bahu atau di atas leher. Tilam
nipis yang rapat di lantai membahayakan pelompat. Tilam setebal 1- 1.5m
seharusnya digunakan. Tilam yang lebih tebal mengurangkan putaran ke
belakang pelompat.
2. Gaya Fosbury Flop(FF) juga
menyebabkan pelompat mendarat di atas tilam secara pepenjuru dan kerap
pelompat mendatrat di penjuru (bucu) tilam. Tempat mendarat yang
memastikan penjuru (bucu) adalah selamat untuk mendarat adalah
diperlukan.
3. Guna palang yang dibuat daripada tiub getah untuk menjaga keselamatn pelompat.
GAYA PELANA
Gaya ini hampir sama dengan gaya
guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika
melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.
a.) Penujuan
Biasanya
pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke
palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara
pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan
kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah
yang terakhir.
b.) Lonjakan
Sebaik
sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendak menolak
dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan
disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki
bebas dihayun dengan kencang ke atas aras palang. Fasa lonjakan ini juga
dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c.) Layangan
Setelah
membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada di dalam keadaan
hampir selari dengan palang di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki
bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan
kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini
adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki
lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d.) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.
Latihan ansur maju lompat tinggi gaya pelana
a) Berdiri dengan kaki bebas
di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan tendang dengan kuat
ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan
ini ialah untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke
atas dan melonjak.
b) Berjalan tiga langkah dan
ulang latihan (a) sambil menghayun kedua-dua belah tangan. Latihan ini
dapat membantu agar lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan
dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.
c) Rentangkan tali dan
berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga
langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki bebas ke atas aras
tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara
berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di dalam latihan (b) .
Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada
penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.
d) Rentangkan tali hingga ke
aras pinggang dan ulangi latihan ( c). Selepas melonjak dan badan berada
di atas aras tali, pusingkan badan dengan merendahkan bahu supaya
bergolek di atas tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah
kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang
atau tali dan semasa membuat pendaratan.
e) Rentangkan tali pada aras
pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan
hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini
merangkumi kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).
f) Latihan lompat tinggi gaya
pelana menggunakan alatan yang sebenarnya(tiang dan palang lompat
tinggi) serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang pantas.
PERATURAN 171
· Cabut undi untuk menentukan giliran lompatan.
· Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya.
· Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan.
· Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut:
§ Seorang pelompat tertinggal
§ Terdapat seri pada kedudukan pertama
Walau bagaimanapun, untuk acara campuran (contoh: heptathlon), setiap kenaikan ialah 3cm.
· Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja.
· Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut:
§ Palang jatuh
§ Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh
§ Gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)
Peserta tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.
· Seseorang peserta
berhak meneruskan lompatannya (walaupun semua peserta yang lain telah
gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.
· Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.
CARA MENGUKUR KETINGGIAN (PERATURAN 145)
· Ketinggian
lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah
di sebelah atas palang. /Bacaan ketinggian terpendek bersudut tepat
dari lantai ke bahagian atas palang.
· Merekod kepada meter
terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Bererti bahagian
ukuran kurang dari 1cm diabaikan.
Lontar Peluru
Pengenalan
Acara
lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam
besi berat sejauh yang boleh. .
Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada
abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang
mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang
mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat
diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah
diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara
yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi
acara olahraga yang dipertandingkan.
Lontar
peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu
bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh
dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu
tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang
mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang
badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum.
Sebagai
acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah
satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga.
Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna
penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan
dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam
lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka
yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk
penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti
sampingan, serta pemakanan.
Lontar
peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan
dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar
daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa,
terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat,
tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan
penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru
harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran
yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan
jurulatih khusus untuk acara ini.
Asal usul
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abab ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah
dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru,
berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara
sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat,
acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan
olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan
sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat
menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.
Dari
sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika
ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan
yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7
kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke
negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun 1909,
bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7
kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan
yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti
yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap
berhubung teknik melontar peluru.
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah
menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika
Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya
dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi
teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan
kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang
cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama.Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama.Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.
Berat Peluru dan diameter peluru
UMUR
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
BAWAH 15
|
4 kg
|
3.25 kg
|
BAWAH 17
|
5 kg
|
4 kg
|
Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm
Kawasan lontaran
Pada
tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran
diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan
lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
Kawasan
lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara
ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh
garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah
2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada
bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk
menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan
penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan.
Pada
bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang
merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan
kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat
lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi
bulatan ini.
Satu
kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar
mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang
gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan
pada sudut 40° pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan
ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan
serta peserta yang mengambil bahagian.
Setiap
lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau
di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh
itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat
akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.
Bendera
atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi
peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor.
Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak
rekod.
Untuk
menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat
hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak
hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.
Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah
dikira pemenang.
Undang-undang
sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu
setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan
hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta
wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan
peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.
Ukuran
garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.
Satu
garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui
di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan
warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang
sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul
nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah
kawasan lontaran.
Pembentukan
papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi
dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh.
Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan
lontaran.
Ukuran
papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm
tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
Peluru
mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang
tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi
dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah
bulat dan licin.
Ansur maju
Pegangan peluru
Peluru
harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari
dan jari kelingking member sokongan sisian.Pergelangan tangan haruslah
membengkoklurus (flexed).
Para
peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar
melontar peluru.
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari .
Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.
ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari
Kelima-lima
jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Menyokong peluru
Letakkan
peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher dengan
pangkal tangan menghadapke luar dan siku berada jauh sedikit daripada
badan.
Ansur maju untuk gaya berdiri
Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar peluru.
1. Berdiri
dengan kaki terbuka,lutut dibengkokkan,punggung ke dalam dan tangan
berada di pinggul.Berat badan dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki
kanan).Kaki kiri diletakkan dengan ringan di atas tanah.(rajah a).
(a)
2. Semasa
menolak dari kaki belakangberat badab harus dinaikkan (semasa kaki
belakang diluruskan) memutar dan bergarak ka hadapan di atas kaki depan
(kaki kiri).Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas
jari-jari kaki yang masih menyentuh tanah.(rajah b)
3. Dengan atau tidak memegang peluru,ambil posisi berdiri seperti digambarkan di sebelah.(rajah c)
4. Menolak lengan (dengan atau tanpa peluru) ke hadapan dan ke atas.(rajah d).
(d)
5. Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang.Lengan kiri dibengkokkan dengan siku berada tinggi.(rajah e).
6. Putarkan
batang tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.Selapas
tolakan kaki dan tarikan badan diperolehi,di mana pergerakan untuk
mendapatkan semula imbangan adalah diperlukan untuk mencengah
faul,langkah pemulihan patut dipelajari.(rajah f)
7. Pemulihan:kedua-dua
kaki bertukar posisi,iaitu kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki
belakang sampai ke papan penahan.(rajah g)
Lungsuran (The Glide)
1. Ambil
posisi seperti yang digambarkan di sebelah,dengan beratan yang
mencukupi di atas kaki kiri.Cuba imbangan badan.Kaki kanan dibengkokkan
sedikit.(rajah h)
2. Menolak
kaki belakang (kaki kanan) tetapi masih tidak meninggalkan tanah.Kaki
kiri diangkat lebih kurang satu kaki di atas tanah.(rajah i)
3. Pembaling mendarat di bahagian depan bulatan dengan kaki diletakkan seperti dalam gambar.(rajah j)
Rangkaian sempurna
Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakan-pergerakan lontaran berdiri dan pemulihan.
1. Berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan arah lontaran bulatan dan kaki kiri di belakang kaki kanan.
2. Bongkok ke depan dari pinggul,naikkan kaki kiri dan membawa paha kiri ke kaki kanan.(rajah b)
3. Tolak kaki kiri ke atas dank e belakang kea rah papan penahan,dengan menggerakkan badan melintasi pertengahan bulatan.(rajah c)
4. Tiba ke tengah bulatan dengan lutut kanan bengkoko dan kaki kanan rata di atas tanah,(rajah d)
5. Menolak
ke atas dengan kaki kanan untuk menaikkan keseluruhan bahagian kanan
badan dan dada ke atas sambil memindahkan tenaga melalui pinggul ke
bahu,lengan ,tangan dan melakukan tolakan akhir daripada pergelangan
tangan semasa peluru dilepaskan.(rajah e dan f)
(f)
6. Selapas
peluru dilepaskan,pindahkan berat badan dengan cepat daripada kaki kiri
ke kaki kanan.Pergerakan ini bertindak sebagai satu pemulihan ,
menolong menahan momentum ke hadapan dan mencegah faul.(rajah g)
Aktiviti latihan kemahiran beransur maju
1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki – ‘Power Position’ (tapak kàki bersudut).
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan ‘Power Position’ (chin-knee-toe) – dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran.
9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran.
12.
Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah
dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab
direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan
lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau ‘Standing throw’.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16.
Lakukan lontaran dengan cara Perry O’Brien iaitu gabungan semua
kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.
Aspek penting dalam lontar peluru
I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III.
Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada
di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru
lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut
lontaran.
Prinsip umum lontar peluru
Beberapa
prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu
peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan
dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. Selain itu,peserta
hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara
ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya. Malahan peserta
hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar peluru supaya
penglibatannya memberikan keberkesanan. Tambahan pula,peserta hendaklah
seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap peraturan yang
berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen. Di
samping itu,peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam
sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan
mentalnya.
Kesimpulan
Acara
lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang
individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara
pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah
menengah. Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara
olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah
rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan
kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.





































