Rancangan
harian dan refleksi
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Darjah : 2
Bilangan murid : 20 orang
Tarikh :
8 Nov 2011
Masa :
9.30 – 10.00a.m (30 minit)
Tajuk :
Pekerjaan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar
dapat :
i) Mengenali jenis pekerjaan dan tempat
pekerjaan
ii) Mengetahui peranan yang dimainkan oleh
setiap pekerjaan
Langkah pengajaran/ isi pelajaran :
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
i)
Set induksi ( 5 minit )
- Guru menunjukkan satu gambar yang
ditutup dengan kad nombor 1-9
- Guru memilih murid untuk membuka kad
nombor itu dan teka apa gambar yang berselindung di belakangnya
- Guru memperkenalkan tajuk pengajaran
hari ini - Pekerjaan
ii)
Pengajaran
(10 minit):
- Guru memperkenalkan 4 jenis pekerjaan
dan tempat bekerjanya dengan menayangkan slaid PowerPoint
- Guru membaca dan murid ikut
- Guru menanya soalan tentang peranan 4
jenis pekerjaan itu
iii)
Aktiviti
(10 minit ):
- Guru membahagikan murid kepada 4
kumpulan dan setiap kumpulan diberi 1 sampul surat yang mengandungi jigsolve
puzzle pekerjaan
- Guru menjelaskan cara aktiviti
dijalankan
- Murid menjalankan aktiviti pencantuman
dan guru memantau dan memberi bimbingan
- Guru menampalkan gambar yang siap di
papan depan dan murid mencantunkan nama bagi pekerjaan di bawah gambar
- Guru dan murid membincangkan dan
membaca jawapan tersebut bersama-sama
- Lembaran kerja diberi dan perbincangan
dijalankan
iv)
Penutup
(5 minit):
- Kesimpulan dan rumusan isi kandungan
pelajaran hari ini
Nilai : Memberi
perhatian, patuh kepada arahan, bekerjasama
ABM : Komputer
riba, gambar, sampul surat, kad nombor ,
LCD Projektor. lembaran kerja
KBKK: Memahami, mengkategorikan, menjana idea, membuat kesimpulan
Pengetahuan
sedia ada : Murid
pernah berjumpa dengan pekerjaan yang berlainan dalam kehidupan seharian mereka
Refleksi
Kekuatan
Kelebihan
pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah perancangan p&p saya
dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya tunjukkan tayangan
slaid Microsoft Powerpoint tentang pekerjaan, anak murid tertarik dengan
gambar-gambar yang saya tayangkan dan menunjukkan minat untuk belajar. Mereka
dapat memberikan nama pekerjaan dengan betul. Semasa aktiviti kumpulan, saya
berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama mereka yang baik semasa
menjalankan aktiviti pencatuman itu. Apabila gambar dan jawapan mereka betul, saya
dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila saya menanya
soalan, mereka dapat menjawab dengan betul juga terbukti mereka memahami
pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat
menikmati pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai.
Kelebihan kedua adalah kejelasan
saya dalam memberikan arahan dan pengajaran. Kejelasan penyampaian memainkan
peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan yang diberi jelas dan
ringkas memudahkan murid faham kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti itu
harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah murid dapat
menjalankan pembelajaran dengan lancar.
Seterusnya, barulah mereka dapat melakukan aktiviti berkumpulan dengan
betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang baru
yang diajar pada hari itu.
Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah
kelantangan suara. Dengan suara yang lantang, murid dapat mendengar apa yang
disampaikan oleh saya dengan jelas dan seterusnya membantu pemahaman murid
dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam
menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara
saya dapat menarik tumpuan murid supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa
menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila saya menanyakan soalan, murid
dapat mendengar dengan jelas serta menjawab dengan betul menunjukkan
kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa
menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.
Kelemahan
Kelemahan
dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan
pengajaranmakro saya ialah penggunaann bahasa baku yang salah. Semasa tengok
balik rakaman makroteaching saya, didapati saya menyebut salah perkataan
“doktor” dan “hospital” di depan murid saya. Semasa saya mengajar sebutan, saya
mengeja dalam bahasa baku yang betul tetapi semasa saya memberi penjelasan atau
menanya soalan, saya telah menyebut salah kedua-dua perkataan itu dalam keadaan
dimana saya pun tidak perasan. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika
guru sendiri juga baca salah, bagaimana hendak ajar anak murid kita. Dari perkara ini, saya dapati tanpa sedar
saya telah dipengaruhi oleh bacaan bahasa Inggeris. Hal ini saya akan ambil
secara serius dan akan lebih berhati-hati dalam kemahiran membunyikan kosa kata
kelak
Kelemahan
yang kedua ialah pemantauan kelas. Semasa saya jalankan pengajaran, saya asyik
berdiri di hadapan kelas sahaja kerana saya menggunakan slaid Powerpoint. Saya
perlu berdiri dekat dengan laptop untuk menguruskan slaid saya. Ini menyebabkan
saya tidak dapat memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Murid saya
mula berbual-bual dan bermain-main di belakang semasa pengajaran sedang
dijalankan. Maka, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk memberi teguran
kepada murid-murid yang nakal itu dan seluruh perjalanan pengajaran saya
terjejas. Jika guru tidak dapat menguruskan
atau menjaga tatatertib muridnya di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak
akan menumpukan perhatian mendengar pelajaran yang disampaikan.
Kelemahan
yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar.
Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang
telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan
hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu
langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan
dapat dijalankan dengan baik.
Langkah
Mengatasi
Untuk masalah saya yang pertama,
saya hendaklah membuat persiapan awal yang mencukupi untuk mengelakkan perkara
yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih berwaspada dan menumpukan
perhatian semasa menjalankan pengajaran. Bacaan adalah penting kerana ia adalah
langkah pertama bagi murid mengenali apa nama bagi objek berkenaan terutama
bagi murid-murid Tahun 1 yang baru mula
belajar. Semua benda di dunia ini ada nama dan bunyinya yang tersendiri. Semasa
memperkenalkan kosa kata yang baru, jika
guru baca salah, kesalahahan bacaan perkataan itu akan berterusan hingga
dia ke menengah atau pengajian tinggi. Murid itu mungkin akan ditertawakan oleh
rakannya kerana salah menyebut perkataan itu. Sebagai seorang guru, pengajaran
bahasa baku yang betul adalah tanggungjawab kita. Jika guru salah baca, dia
kenalah memberi pembetulan kepada muridnya dengan serta merta. Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan
bahasa Malaysia tidak akan tercemar atas kesilapan guru itu..
Untuk kelemahan saya yang kedua,
saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Jika saya tidak
silap, setiap LCD Projektor mesti ada alat remote controlnya. Dengan adanya
bahan itu, guru tidak perlu berdiri di depan kelas sahaja. Guru hanya perlu
tekan butang pada control itu sambil berjalan-jalan memantau aktiviti murid di
belakang. Slaid Powerpoint akan tukar dengan sendiri apabila butang ditekan. Melalui
cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik.
Selain itu, guru dapat membantu murid
secara dekat semasa mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah mengenalpasti
kelemahan murid-murid melalui pemerhatian.
Guru boleh memberi tunjuk ajar
kepada murid yang lemah dan murid
juga boleh berinteraksi dengan guru dengan
mudah.
Bagi kelemahan yang ketiga, masa
p&p yang ditetapkan adalah supaya kita tidak terguna masa guru lain yang
masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya.
Masa adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p.
Dengan mengambilkira masa yang ada, guru perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan
pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya.
Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke atas langkah set induksi,
tetapi saya hanya guna 2 minit menghabiskannya. Yang 3 minit yang lebih saya
telah menggunakannya ke langkah pengajaran yang perlukan masa yang lebih. Pada
akhir pengajaran, saya telah gunakan 29 minit 30 saat. Kaedah pengajaran adalah
sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting
murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat capai objektif pda hari itu.
Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang p&p supaya murid dapat menguasai
kemahiran dalam masa yang ditentukan.
No comments:
Post a Comment